RUMAH INI MERUPAKAN REKAAN BUMBUNG PANJANG YANG TERDAPAT DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN. IA MENGANDUNGI KOMBINASI ANJUNG DAN SERAMBI YANG AGAK BESAR DAN MENONJOL. HAMPIR KESEMUA REKAAN BUMBUNG PANJANG ADALAH MEMANJANG KEBELAKANG APABILA DIPERBESARKAN MENGIKUT KEPERLUAN SEMASA PEMILIK RUMAH. RUMAH INI TIDAK MEMPUNYAI BUMBUNG BERTINGKAT SEPERTI RUMAH NEGERI SEMBILAN, TETAPI MEMPUNYAI BUMBUNG BESAR YANG AGAK CURAM DI RUMAH IBU. SEPERTI KEBIASAAN REKA BENTUK INI, TUJUAN BUMBUNG YANG BESAR (TEBAR LAYAR) INI ADALAH UNTUK MEMERANGKAP ANGIN AGAR RUANG ATAP DAPAT DIUDARAKAN UNTUK TUJUAN MENURUNKAN SUHU DI DALAMNYA.
JUSTERU, LEBIH BESAR RUMAH IBU, MAKA LEBIH BESARLAH ATAP TERSEBUT. REKAAN LUARAN RUMAH INI MEMPUNYAI UKIRAN YANG SEDERHANA DI BAHAGIAN ATAS TINGKAP. TINGKAP MEMPUNYAI JEREJAK PENDEK YANG TERLETAK DI ATAS PALANG BAWAH TINGKAP. TINGKAP RUMAH INI TERLETAK AGAK RENDAH DARI PARAS LANTAI. RUMAH IBU DINAIKKAN PARAS BERBANDING DAPUR, ANJUNG, RUMAH TANGGA DAN SERAMBI. KETINGGIAN STRUKTUR ATAP MEMBUATKAN RUMAH INI KELIHATAN LUAS DAN LEGA KETIKA BERADA DI DALAMNYA. IA JUGA BERTUJUAN AGAR PROSES PENGALIRAN UDARA YANG LEBIH LANCAR DAN SELESA. RUMAH INI TIDAK MEMPUNYAI SELANG, BERBANDING RUMAH BUMBUNG BESAR YANG LAIN.
THIS HOUSE IS A LONG ROOF DESIGN FOUND IN THE STATE OF SELANGOR DARUL EHSAN. IT CONTAINS A RATHER LARGE AND PROTRUDING COMBINATION OF PORCH AND PORCH. ALMOST ALL LONG ROOF DESIGNS ARE ELONGATED BACKWARDS WHEN ENLARGED ACCORDING TO THE CURRENT NEEDS OF THE HOMEOWNER. THE HOUSE DOES NOT HAVE A MULTI-STOREY ROOF LIKE THE NEGERI SEMBILAN HOUSE, BUT HAS A LARGE ROOF WHICH IS QUITE STEEP IN THE MOTHER'S HOUSE. AS IS THE CUSTOM OF THIS DESIGN, THE PURPOSE OF THIS LARGE ROOF (SAIL SPREAD) IS TO TRAP THE WIND SO THAT THE ROOF SPACE CAN BE VENTILATED FOR THE PURPOSE OF LOWERING THE TEMPERATURE INSIDE. THUS, THE LARGER THE MOTHER'S HOUSE, THE BIGGER THE ROOF WILL BE. THE EXTERIOR DESIGN OF THE HOUSE HAS A SIMPLE ENGRAVING AT THE TOP OF THE WINDOW. THE WINDOW HAS A SHORT TREAD LOCATED ABOVE THE LOWER BAR OF THE WINDOW. THE WINDOWS OF THIS HOUSE ARE LOCATED QUITE LOW FROM THE FLOOR LEVEL. THE MOTHER'S HOUSE WAS RAISED AGAINST THE KITCHEN, PORCH, HOUSEHOLD AND PORCH. THE HEIGHT OF THE ROOF STRUCTURE MAKES THE HOUSE LOOK SPACIOUS AND RELIEVED WHEN INSIDE. IT IS ALSO INTENDED FOR A SMOOTHER AND MORE COMFORTABLE AIR CONDUCTION PROCESS. THE HOUSE HAS NO HOSES, COMPARED TO OTHER LARGE ROOF HOUSES.