RUMAH TRADISIONAL MELAYU PAHANG DARUL MAKMUR

RUMAH TRADISIONAL MELAYU PAHANG DARUL MAKMUR Free 3D print model

Description

KEUNIKAN RUMAH TRADISIONAL PAHANG DARUL MAKMUR DIBINA TANPA MENGGUNAKAN WALAUPUN SEBATANG PAKU, APABILA SEJENIS ALAT YANG DINAMAKAN TANGGAM DIGUNA ATAU DIPERKUATKAN BAGI MENYAMBUNG BAHAGIAN TERTENTU.SESUAI DENGAN PENEMPATAN ORANG MELAYU DI PERSISIRAN SUNGAI, KEBANYAKAN RUMAH BERKENAAN MASIH BOLEH DITEMUI DI KAMPUNG BERDEKATAN SUNGAI JELAI, SUNGAI PAHANG DAN SUNGAI TEMBELING DI DAERAH LIPIS, JERANTUT, TEMERLOH, MARAN DAN PEKAN.

ZAMAN TELAH BERUBAH APABILA NILAI SENI BINA BERCIRI MODEN KINI LEBIH KONTRAS DAN MENDOMINASI KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU HARI INI SEHINGGA MENENGGELAMKAN BENTUK KEDIAMAN TRADISIONAL YANG SEPATUTNYA DIHARGAI OLEH SEMUA PIHAK. RUMAH TRADISIONAL MELAYU PAHANG YANG JUGA DIKENALI DENGAN NAMA RUMAH SERAMBI PAHANG, BIASANYA BERBUMBUNG PANJANG MANAKALA DI TEPI DINDING DIPASANG TABIR LAYAR DAN TERDAPAT UKIRAN DI PINGGIRNYA. PEMBAHAGIAN RUANG RUMAH TERSEBUT TERDIRI DARIPADA RUMAH IBU DAN DAPUR YANG DIPISAHKAN DENGAN RUANG YANG DIPANGGIL SELANG.

SENI BINA ITU JUGA MENGANDUNGI RUANG TERTENTU DI BAHAGIAN HADAPAN IAITU RUANG SERAMBI DIIKUTI OLEH RUANG IBU YANG TERDIRI DARIPADA RUANG PENTAS DAN 'PERBALAI.' DI BELAKANG PULA IALAH RUANG KELEK ANAK ATAU SERAMBI BELAKANG. BAGI RUANG DAPUR, IA TERDIRI DARIPADA RUANG PELANTAR YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMASAK DAN MEMBASUH. FAKTOR CUACA BANYAK MEMPENGARUHI SENI BINA RUMAH TRADISIONAL PAHANG DARUL MAKMUR DAN IA TERBUKTI APABILA REKA BENTUK ATAP YANG LEBIH CERUN DAN BERTIANG UNTUK MENGELAK BANJIR. REKA BENTUK YANG LEBIH TERBUKA IAITU KEHADIRAN TINGKAP YANG BANYAK, BERANDA DAN TIANG ITU SENDIRI MEMBERI LALUAN ANGIN DI BAHAGIAN BAWAH RUMAH, TINGKAP DAN BUMBUNG. BENTUK BERKENAAN BANYAK DIASOSIASIKAN DENGAN PERTEMBUNGAN BUDAYA DAN PENGARUH BINAAN MINANGKABAU, ACEH, BUGIS, JAWA DAN SIAM SELAIN MEMPAMERKAN HASIL KEMAHIRAN TUKANG RUMAH TEMPATAN.

THE UNIQUENESS OF THE TRADITIONAL PAHANG DARUL MAKMUR HOUSE WAS BUILT WITHOUT THE USE OF EVEN A NAIL, WHEN A TYPE OF TOOL CALLED MORTISE WAS USED OR REINFORCED TO CONNECT CERTAIN PARTS.

ACCORDING TO THE MALAY SETTLEMENT ON THE RIVERFRONT, MOST OF THE HOUSES CAN STILL BE FOUND IN VILLAGES NEAR SUNGAI JELAI, PAHANG RIVER AND TEMBELING RIVER IN LIPIS, JERANTUT, TEMERLOH, MARAN AND PEKAN DISTRICTS.

THE ARCHITECTURE ALSO CONTAINS A SPECIFIC SPACE AT THE FRONT WHICH IS A PORCH SPACE FOLLOWED BY A MOTHER SPACE CONSISTING OF A STAGE SPACE AND A 'WRAPPER.' BEHIND, ON THE OTHER HAND, IS THE CHILD'S SLOPING CHAMBER OR THE REAR PORCH. AS FOR THE KITCHEN SPACE, IT CONSISTS OF A RIG COMPARTMENT USED FOR COOKING AND WASHING. WEATHER FACTORS GREATLY INFLUENCE THE ARCHITECTURE OF PAHANG DARUL MAKMUR'S TRADITIONAL HOUSES AND IT IS EVIDENT WHEN THE ROOF DESIGN IS MORE SLOPING AND POLEY TO AVOID FLOODING. THE MORE OPEN DESIGN OF THE PRESENCE OF NUMEROUS WINDOWS, VERANDAS AND THE PILLARS THEMSELVES GIVES WAY TO THE WIND AT THE BOTTOM OF THE HOUSE, WINDOWS AND ROOF. THE FORM IS HEAVILY ASSOCIATED WITH THE CLASH OF CULTURES AND INFLUENCES OF MINANGKABAU, ACEH, BUGIS, JAVANESE AND SIAMESE AS WELL AS SHOWCASING THE SKILLS OF LOCAL HOME CRAFTSMEN.

Item rating
0 0
RUMAH TRADISIONAL MELAYU PAHANG DARUL MAKMUR
Free
 
Royalty Free No Ai License 
RUMAH TRADISIONAL MELAYU PAHANG DARUL MAKMUR
Free
 
Royalty Free No Ai License 
Response - % in - h

3D Model formats

Format limitations
  • Collada (.dae)22.8 MB

3D Model details

  • Publish date2023-07-14
  • Model ID#4635070
  • Ready for 3D Printing
Help
Chat